Maxis 3G Maxis Communications Berhad

Maxis merasmikan perkhidmatan 3Gnya pada 1 Julai 2005 (perkhidmatan kad data 3G dilancarkan secara kecilan pada bulan Februari 2005). Perkhidmatan 3G ini terdapat dalam kawasan-kawasan terpilih dalam negara sahaja. Kawasan-kawasan liputan utama termasuk:

  • Lembah Klang (merangkumi Kuala Lumpur dan sebahagian besar Selangor) - pelancaran asal pada Julai 2005
  • Pualu Pinang - Dec 2005
  • Johor Bahru - Jan 2006
  • Kuantan - Sept 2006

Maxis kelihatan sedang mengambil strategi "liputan tebal" bagi 3G. Ini bererti perkhidmatan 3G ini hanya dilaksanakan dalam kawasan-kawasan di mana aliran data amat berat, atau kawasan-kawasan yang mempunyai kepentingan strategik (contohnya, Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan). Kawasan-kawasan lain dalam negara pula di bawah perkhidmatan 2.5G (GPRS; liputan seluruh negara) yang sedang dinaik taraf secara progresif ke 2.75G (EDGE atau E-GPRS).

Ciri-ciri utama Maxis 3G termasuk:

  • Panggilan video dan mel video
  • Khidmat pengaliran video packet-switched (termasuk saluran siaran langsung, video-on-demand dan muat turun klip video)
  • Pantauan lalulintas (Maxis mengaku mempunyai 50 buah kamera video yang dipasang sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru)
  • Muat turun lagu penuh
  • Kad data 3G

Pada bulan september 2006, Maxis melancarkan 3.5G (HSDPA) sebagai sebahagian perkhidmatan "modem jalur lebar tanpa wayar" yang disasarkan kepada pengguna "pasaran massa/rumah" (dan bukannya pengguna perniagaan). Maxis sedang menaik taraf keseluruhan rangkaian 3G kepada 3.5G secara berperingkat. Seperti pada bulan Disemnber 2006, seluruh Pulau Pinang, dan sebahagian Lembah Klang, Johor Bahru dan Kuantan sudah diliputi kemudahan 3.5G.